seismik

[VIDEO] Suruh Pecahkan Belon, Tapi Lelaki Patahkan Kerusi Ini Pula Curi Perhatian Netizen

Dahsyat betul.

Cover image via @geeaml10 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan untuk sesebuah keluarga menganjurkan ‘family day’ bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim

Aktiviti seperti sukaneka sememangnya menjadi pilihan utama untuk dilakukan bersama. Contohnya, cari gula-gula dalam tepung, lari dalam guni dan banyak lagi.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki memecahkan belon menggunakan punggungnya telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kerusi pertama patah, kerusi kedua pun patah juga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @geeaml10 di TikTok, kelihatan beberapa orang sedang bermain acara sukaneka memecahkan belon menggunakan punggung.

Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila seorang lelaki telah memecahkan sekali kerusi yang digunakan sewaktu bermain acara itu. Bukan sekali, tetapi dua kali pula tu.

“Ilmu ape dia pakai sampai duduk kerusi patah” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 10.4M views, 1.9M likes dan 16.8K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampaknya abang tu dah tak boleh main acara pecahkan belon lepas ni. Habis semua kerusi patah nanti :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: