[VIDEO] “Play Victim” – Penunggang Motosikal Salahkan Pemandu Kereta Ini Undang Kecaman
Macam ni punya perangai pun ada.
Cover image via @anthraxxx781 (Twitter)Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memandu di jalan raya yang sesak memerlukan fokus yang tinggi agar dapat menjamin keselamatan dan mengelak kemalangan
Namun, kadang-kadang ada yang kurang bernasib baik akibat kecuaian pengguna jalan raya lain.
Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang penunggang motosikal terlanggar motosikal di hadapannya lalu menyalahkan pemandu kereta telah mendapat perhatian warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terlanggar motosikal depan, tapi orang lain pula yang dipersalahkan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @anthraxxx781 di Twitter, kelihatan seorang penunggang motosikal terlanggar motosikal di hadapannya.
Apa yang membuat warganet geram adalah apabila penunggang motosikal tersebut menyalahkan pemandu kereta yang berada di lorong kanan seakan-akan dia tidak bersalah.
Lebih memanaskan hati adalah apabila penunggang motosikal itu tidak menolong mangsa yang dilanggar, tetapi penunggang motosikal lain pula yang turun membantu.
Image via @anthraxxx781 (Twitter)
Image via @anthraxxx781 (Twitter)
"Rasa macam motor belakang tu salah tapi kenapa dia marah kereta tu?" – Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 304.8K views, 2.3K retweets dan 2.1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut geram dengan aksi penunggang motosikal yang seakan-akan tidak bersalah itu. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa dia tidak patut dipersalahkan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
