seismik

"Nak Solat Tapi Ngantuk" - Tiga Budak Tidur Berjemaah Di Masjid Ini Mencuit Hati Netizen

Comel je budak-budak ni!

Cover image via @dendenfelai (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Solat lima waktu merupakan tiang agama untuk mereka yang beragama Islam

Oleh itu, semua umat Islam wajib menunaikan solat dan digalakkan untuk solat berjemaah di masjid.

Tular satu video baru-baru ini di TikTok memaparkan tiga orang kanak-kanak lelaki tidur dalam posisi sujud di sebuah masjid telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Memang bagus solat berjemaah di masjid tapi tertidur pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dendenfelai di TikTok, kelihatan tiga orang budak lelaki sedang tidur dalam posisi sujud di sebuah masjid.

Video itu telah mencuit hati ramai kerana mereka bertiga kelihatan sangat comel tertidur sewaktu solat. Orang lain solat berjemaah, mereka tidur berjemaah pula.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka bertiga dikatakan turut tertidur ketika solat di masjid pada keesokan hari.

Lihat video sambungan di bawah:

@dendenfelai

Reply to @kariimbienzima esoknya pun sama

original sound - Denden - Denden

“Hahaha comel sangat. Bagusnya kecil-kecil dah rajin pergi masjid” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak-budak itu yang tertidur di masjid. Malah, ramai juga yang memuji kesungguhan mereka bertiga solat berjemaah di masjid walaupun masih kecil.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 374.3K views, 48.6K likes dan 444 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel sangat! Tak apa dik, yang penting effort datang masjid tu :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: