seismik

[VIDEO] Bunyi Mercun Kuat Sangat, Reaksi Spontan Lelaki Terlatah Ini Buat Ramai Terhibur

Bukan main lagi dia melatah.

Cover image via @bab3ll (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila musim perayaan, kalian mesti kerap melihat atau mendengar bunyi mercun bukan?

Mercun sememangnya mempunyai bunyi yang kuat, kadangkala ada juga yang terkejut mendengar bunyi mercun.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki melatah apabila terperanjat mendengar bunyi mercun.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bab3ll

semua tengok aku jerit malu tho HAHAHAHAHAHAHA #fyp

I'm Addicted To- SUBAG GOO - SUBAG GOO

Bunyi mercun kuat sangat sampai melatah, kawan sebelah pun malu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ab3ll di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang berada di kedai makan.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila dia tiba-tiba terperanjat lalu melatah akibat bunyi mercun yang kuat. Sampai ke belakang terus badan dia!

Di hujung video, kelihatan kawan-kawan lelaki tersebut turut berasa malu dengan reaksinya. Ada juga yang sempat berkata “Aku balik dulu”.

“Nasib tak ada sayap, kalau tak dah terbang dah” - Netizen

Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 770K tontonan, 131.7K tanda suka dan 2.5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi terkejut lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sampai macam tu sekali dia punya terkejut :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: