“Patung Bergerak” - Tiga Wanita Jadi Mannequin Di Depan Butik Ini Raih Perhatian Netizen
Berapa gaji dia orang agaknya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila pergi ke butik, kalian mesti akan nampak mannequin meragakan pakaian bukan?
Meragakan pakaian pada mannequin merupakan cara pemasaran yang berkesan kerana pelanggan mampu melihat pakaian tersebut dan mungkin akan membelinya.
Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, berkenaan tiga orang wanita yang menggantikan mannequin di sebuah butik telah mendapat perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan patung itu boleh bergerak, rupa-rupanya manusia betul
Menerusi video yang dimuat naik oleh @avocadamn_ di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang berjalan ke arah satu butik untuk melihat mannequin.
Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila mannequin tersebut sebenarnya adalah manusia. Kelihatan tiga orang wanita mengenakan baju kurung sedang berdiri di balik cermin butik yang tidak dikenal pasti.
“Canggih zaman sekarang patung pon boleh gerak” - Netizen
Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 766.8K tontonan, 86.7K tanda suka dan 943 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut melihat patung bergerak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!