"Dari Roti Ke Hati" - Strim Filem Doh Di Platform Tonton Mulai 16 September Ini
Tayangan eksklusif bermula 16 September ini.
Masanya telah tiba untuk pengalaman menonton yang tidak dapat dilupakan! Beri peluang untuk menyelami emosi dalam filem yang pasti memikat hati anda
"Doh" merupakan hasil kerjasama antara barisan pelakon berbakat dan arahan direktor yang berpengalaman dalam industri hiburan iaitu Arif Zulkarnain dan Haris M. Nor. Filem ini dijangka akan memukau penonton dengan plot dan kejutan yang tidak disangka-sangka.
Filem "Doh" membawa penonton mengikuti perjalanan Faiz yang tersepit antara tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi bapanya dan berdepan dengan cabaran yang datang dengan kehadiran bakeri moden yang mendapat perhatian. Kisah ini mencuri perhatian dengan gabungan unik tradisi dan inovasi, serta menyentuh tema keluarga yang sangat bermakna.
Dibarisi pelakon-pelakon hebat dan kegemaran ramai
Bukan sahaja plotnya menarik, "Doh" turut menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya. Bersama bintang seperti Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo, dan ramai lagi, jaminan persembahan luar biasa akan diberikan. Dengan kehadiran mereka, setiap detik dalam filem ini akan menghidupkan suasana.
Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM9.90 dan saksikan sendiri keajaiban "Doh". Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.
Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #Doh, #DariRotiKeHati dan #ManisPahitBersama. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.
Jangan lupa saksikan 16 September ini!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment