seismik

Teruja Nampak Ustaz Azhar Idrus, Peserta-Peserta Perbarisan Berhenti Ambil Gambar Bersama

Terbalik pula.

Cover image via @ikhwannajmi7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perarakan selalunya membawakan peserta perbarisan yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung

Sebagai pengunjung, kita selalunya akan bersiap sedia mengeluarkan telefon bimbit atau kamera untuk merakam momen perarakan tersebut.

Perkara ini dapat dilihat menerusi video yang telah tular di TikTok memaparkan Ustaz Azhar Idrus sedang merakam perarakan Hari Kebangsaan.

Apa yang menarik adalah terbalik pula jadinya apabila bukan sahaja peserta perbarisan mencuri tumpuan pengunjung tetapi Ustaz Azhar pula mencuri tumpuan peserta-peserta perbarisan tersebut.

Lihat video tersebut di bawah:

Peserta perbarisan ajak bersalaman dan mengambil gambar

Menerusi video yang telah tular itu, kelihatan Ustaz Azhar sedang merakam perarakan tersebut. Aksinya telah mencuri perhatian peserta perbarisan apabila kehadirannya diketahui mereka.

Kehadiran Ustaz Azhar membuatkan mereka berhenti untuk berjumpa dengan beliau. Dengan sportingnya beliau melayan peserta-peserta perbarisan berkenaan.

"Comelnya semua excited hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 1.9M views, 251.6K likes dan 10K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan reaksi terhibur dengan video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semua sporting habis :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: