Maskot Raptai Perarakan Terlalu Besar, Terpaksa Kempiskan Angin Untuk Lalu Bawah Jambatan
Tak sabar nak tengok masa perarakan nanti.
Setiap kali perarakan, maskot yang besar sudah pasti akan mendapat perhatian
Setiap kali tiba Hari Kebangsaan, perarakan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang ingin menyambut hari bersejarah tersebut. Pertunjukan maskot-maskot dari pelbagai peserta sudah pasti menjadi tumpuan pengunjung.
Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memaparkan sebuah kenderaan yang membawa sebuah maskot besar untuk raptai perarakan Hari Kebangsaan.Lihat video tersebut di bawah:
Terpaksa kempiskan maskot untuk lalu bawah jambatan
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter itu, maskot tersebut dilihat tidak muat untuk melalui bawah jambatan berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (turut dikenali sebagai Masjid Besi).
Perkara ini membuatkan angin pada maskot itu terpaksa dikeluarkan bagi membenarkan kenderaan yang membawa maskot tersebut melalui bawah jambatan.
"Tak masalahnya sekarang, kenapa sambil tengok video ni aku yang tunduk?" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 336K views, 4.1K likes dan 2.2K reposts.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter memberikan pelbagai reaksi dengan video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!