seismik

Ini 8 Filem Patriotik Yang 'Best' Anda Boleh Layan Sempena Hari Kebangsaan Ke-66

Duduk ramai-ramai depan TV satu family dan layan!

Cover image via IMDb

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak nak bersesak di perarakan tapi tetap nak sambut Hari Kebangsaan? Jangan risau, kami boleh kongsikan caranya.

Image via giphy.com

Jom layan filem-filem patriotik ini bagi menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan!

1. Leftenan Adnan (2000)

Image via imdb.com

Filem ini membawa kisah perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), bertarung nyawa menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2. Filem ini turut memaparkan babak pertempuran terakhir Rejimen Askar Melayu berdepan kemaraan tentera Jepun yang jauh lebih ramai di Bukit Chandu sehingga mengorbankan Leftenan Adnan.

Filem ini diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi Hairie Othman sebagai Leftenan Adnan. Turut membintangi filem tersebut ialah Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario.

Filem ini boleh ditonton di Netflix dan Prime Video. 

2. 29 Februari (2012)

Image via imdb.com

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari dan disebabkan itu dia hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain. Filem ini juga memaparkan momen-momen bersejarah negara ini antaranya momen Tunku Abdul Rahman melaungkan laungan merdeka di Stadium Merdeka dan momen Tun Dr. Mahathir merasmikan Jambatan Pulau Pinang.

Dibintangi Remy Ishak dan Jojo Goh, filem ini merupakan filem arahan kedua Edry Abdul Halim selepas Magika.

Filem ini boleh ditonton di Netflix dan Mubi.

3. Sarjan Hassan (1958)

Image via wikipedia

Filem ini mengisahkan tentang Hassan (Sarjan Hassan) menyertai Askar Melayu menentang askar Jepun pada tahun 1942.

Filem yang dibintangi P. Ramlee ini pada awalnya diarahkan oleh Lamberto Avellana. Namun begitu, beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee.

Anda boleh tonton filem ini di Mubi.

4. Ola Bola (2016)

Image via imdb.com

Ola bola mengisahkan tentang perjalanan skuad bola sepak negara pada tahun 80-an yang membawa misi untuk layak ke temasya Olimpik. Filem ini membawakan kisah yang diinspirasikan dari kisah benar Skuad bola sepak negara yang berjaya membenam Korea Selatan untuk layak ke sukan Olimpik 1980.

FIlem ini diarahkan oleh Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Bront Palarae, Mark Williams, Lim Jian Wen, Eric Teng, Taufiq Hanafi dan Katrina Ho.

Anda boleh tonton filem ini di platform Mubi dan Astro Go.

5. Juang (2022)

Image via imdb.com

Juang mengisahkan tentang suasana pandemik yang berlaku dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang dilalui seluruh rakyat Malaysia. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini memaparkan kisah-kisah petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis, tentera, penghantar makanan dan ramai lagi yang menjadi petugas barisan hadapan ini melawan wabak COVID-19.

Filem ini mendapat arahan bersama beberapa pengarah terkenal di Malaysia iaitu Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali. Filem ini turut dibintangi barisan pelakon terkenal antaranya Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Vanidah Imran, Choo Hao Ren dan Chew Kin Wah.

Filem ini boleh didapati di Prime Video.

6. Paskal (2018)

Image via imdb.com

Mengisahkan tentang pasukan elit dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, PASKAL (Pasukan Laut Khas) melalui saat genting apabila mereka dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Mendapat sentuhan arahan Adrian Teh, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Filem ini boleh ditonton di Netflix.

7. Mat Kilau (2022)

Image via imdb.com

Mat Kilau mengisahkan tentang perjuangan seorang pahlawan sebelum zaman kemerdekaan dalam menentang British di Pahang. Polisi cukai yang dibawa British menyebabkan Mat Kilau bersama pejuang yang lain nekad melawan British.

Filem arahan Syamsul Yusof ini dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As'ari. Turut membintangi ialah Ali Karimie, Khir Rahman, Yayan Ruhian, Rahim Razali, Namron, A. Galak, Wan Hanafi Su dan Jalaluddin Hassan.

Anda boleh tonton filem ini di platform penstriman Netflix.




8. MALBATT: Misi Bakara

Image via imdb.com

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 yang menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) dalam misi menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu.

Filem ini membawakan sisi pejuang askar negara yang tidak diceritakan dengan lebih teliti menerusi filem Black Hawk Down (2001).

Filem arahan Adrian Teh ini dibintangi oleh Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.

Filem ini sudah mula ditayangkan pada 24 Ogos lepas dan boleh ditonton di pawagam-pawagam berdekatan anda.

Apa tunggu lagi? Jom layan!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: