[VIDEO] Pengantin Baru Di Usia Tua, Pasangan Ini Mendapat Perhatian Ramai
Kalau dah jodoh, tak ke mana.
Jodoh dan pertemuan itu rahsia Tuhan, tiada siapa yang akan tahu bila berlaku
Juga tiada siapa sangka jodoh boleh ditemukan pada usia yang sudah menjangkau usia tua.
Situasi ini sama seperti video yang telah tular di TikTok memaparkan perkahwinan ibu kepada @chamrizal bersama seorang lelaki yang seumur dengan wanita tersebut.
Lihat video tersebut di bawah:
Rupa-rupanya, umur antara dua pasangan itu tidak jauh beza
Video berkenaan memaparkan pasangan pengantin tersebut sedang melangsungkan sesi ijab kabul.
Dalam pada itu, @chamrizal telah memuat naik sebuah video TikTok baharu yang memberitahu umur pasangan pengantin berkenaan iaitu 74 tahun bagi pengantin lelaki dan 73 tahun bagi pengantin perempuan.
Lihat video tersebut di bawah:
"Makcik pakcik tahniah, okay saya juga yang pishang" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 1.1M views, 49.8K likes dan 3.7K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!