seismik

[VIDEO] 'Scene' Semasa Solat Berjemaah Bersama Rakan, Sketsa Ini Buat Ramai Boleh Relate

Berdasarkan kisah benar.

Cover image via @_aminmahmood (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Solat berjemaah adalah sesuatu yang digalakkan di dalam Islam

Islam menggalakkan solat berjemaah berbanding solat bersendirian kerana ganjaran yang lebih berlipat ganda. Lebih-lebih lagi apabila kita berada di masjid ataupun surau.

Sebab itulah bila sahaja kita keluar berjalan dan berhenti solat di surau pasti kita akan melihat orang akan lebih cenderung untuk solat berjemaah.

Baru-baru ini telah tular sebuah sketsa yang menunjukkan dua orang rakan yang sedang bersedia untuk solat tetapi masing-masing mempelawa antara satu sama yang lain untuk menjadi imam.

Lihat video tersebut di bawah:

@_aminmahmood Lepasni pakat2 jadi imam lah ye kite #imam #solat #fyp original sound - Amin Mahmood

Diberi nasihat oleh seorang pemuda yang kemudiannya terus iqamat

Menerusi video berkenaan, dua orang pemuda tersebut dilihat masing-masing mengundurkan diri dan masing-masing mempelawa antara satu sama lain untuk menjadi imam sehingga mereka kembali ke masa lampau.

Sampailah ke tahun 1888 mereka bertemu seorang pemuda yang memberi nasihat dan mengajak mereka untuk berjemaah. Tanpa diduga pemuda tersebut terus membaca iqamat dan bukannnya menjadi imam.

"Siapa iqamat dulu dia selamat" - Netizen

Susulan tularnya sketsa tersebut di TikTok, video tersebut telah meraih sehingga 1.5M views, 123.2K likes dan 4.3K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan reaksi terhibur dengan video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak member dah kedepan tu percayalah dia nak iqamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: