seismik

[VIDEO] Sangkakan Hantu, Wanita Ini Berani Bantu Warga Emas Terbiar Di Tengah Jalan

Nasib baik ada akak ni.

Cover image via @sarahzalii (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita ternampak kelibat seorang nenek di tengah jalan pada waktu malam di jalan yang sunyi, sudah pasti macam-macam akan bermain di fikiran

Siapa saja yang sangka akan terjumpa dengan seorang nenek di tengah-tengah malam sedang terduduk di tengah jalan.

Itulah yang berlaku terhadap seorang wanita yang terkejut dengan penemuannya bersama seorang nenek disangkakan hantu olehnya.

Lihat video tersebut di bawah:

Keluar dari rumah jagaan orang tua tanpa pengetahuan

Menerusi video berkenaan, wanita itu dilihat menegur nenek tersebut dan cuba membantunya selepas melihat keadaan nenek itu.

Nenek itu dilihat sedang duduk seorang diri dan seperti sudah nyanyuk apabila persoalan yang ditanya oleh wanita tersebut dijawab dengan jawapan lain.

Susulan viralnya video tersebut wanita itu tampil semula dengan video baharu yang memberikan lebih penjelasan tentang kejadian itu dan rupa-rupanya nenek berkenaan telah keluar dari pusat jagaan orang tua tanpa diketahui penjaganya.

"Terima kasih kakak cantik, dahsyat berani gila" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, rata-rata respon yang diberikan netizen memuji tindakan wanita tersebut.

Namun begitu, ada juga komen yang menegaskan tindakannya itu mungkin boleh membahayakan keselamatannya.

Berikut di bawah antara reaksi yang diberikan netizen di TikTok:



Respect dekat akak ini berani tolong nenek tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: