seismik

Budak Ditinggalkan Di Dalam Kereta, Lelaki Ini Panggil Orang Ramai Pecahkan Cermin

Macam mana lah boleh tinggal macam tu je.

Cover image via @arifjat (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sering kita lihat, banyak kecuaian ibu bapa yang berlaku sehingga melibatkan nyawa

Penjaga kepada anak kecil kadangkala bersikap cuai apabila sering kita terdengar kes anak ataupun bayi ditinggalkan atau terperangkap di dalam kereta. Malah kejadian-kejadian seperti ini ada juga yang melibatkan kematian.

Telah tular sebuah video yang dikongsikan @arifjat di Twitter memaparkan lelaki itu menemui seorang budak ditinggalkan di dalam kereta sambil enjin dimatikan.

Lihat video tersebut di bawah:

40 minit tunggu penjaga kepada budak lelaki itu tetapi tidak muncul

Menerusi video yang dikongsikan itu, terdapat budak lelaki sedang menangis dan kepanasan apabila ditinggalkan di dalam kereta yang dimatikan enjin dan hanya sedikit sahaja tingkap di pintu hadapan dibuka.

Lelaki tersebut terpaksa menunggu selama 40 minit sebelum membuat keputusan untuk memecahkan cermin kereta tersebut bagi menyelamatkan budak itu.

"May God bless you for taking quick action" - Netizen

Susulan tularnya kejadian tersebut di Twitter, video tersebut telah meraih sehingga 2.9M views, 6,015 reposts dan 8,387 likes.

Rata-rata respon yang diberikan netizen mengecam penjaga budak lelaki itu yang bertindak cuai meninggalkannya. Tidak kurang juga komen yang memuji tindakan lelaki tersebut bertindak pantas menyelamatkan budak lelaki itu.

Berikut di bawah antara reaksi yang diberikan netizen di Twitter:

Terima kasih juga kepada orang ramai yang membantu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: