seismik

Excited Dapat Beg Dior, Cara Aafiyah 'Unboxing' Kotak Hadiah Ini Buat Netizen Terhibur

Asalkan happy dapat beg baru.

Cover image via @ctdk (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak suka kalau dapat hadiah?

Tidak kiralah kanak-kanak atau orang dewasa, kita sudah pasti akan seronok apabila menerima hadiah daripada seseorang.

Lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut mempunyai nilai yang tinggi, kita pasti akan berhati-hati untuk unboxing hadiah tersebut kerana khuatir barang itu akan rosak.

Namun begitu, bagi seorang kanak-kanak, hadiah tetap hadiah. Tidak kiralah mahal atau murah, mereka pasti akan unboxing hadiah berkenaan dengan cepat.

Itulah yang terjadi di dalam sebuah video Instagram story Dato' Siti Nurhaliza yang telah dikongsikan di Twitter. Video itu memaparkan  Aafiyah, anaknya sedang membuka paket yang diberikan.

Lihat video itu di bawah:

Buka kotak Dior berharga RM9,034

Menerusi video tersebut, Aafiyah dilihat membantu ibunya membuka paket kotak Dior itu. Menerusi komen yang diberikan netizen, beg itu dikatakan berharga RM9,034. Selepas saja kotak tersebut dibuka, terdapat bungkusan kertas yang perlu dibuka pula.

Dengan pantas Aafiyah mencapai bungkusan kertas berkenaan dan terus mengoyakkannya tanpa segan silu lalu mengambil beg yang diterimanya itu.

"She don't care. bukak, gantung and sambung main game" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, ianya telah meraih 407.8K views, 3,179 likes dan 860 reposts di Twitter.

Rata-rata komen yang diberikan netizen memberikan reaksi terkejut dan terhibur dengan gelagat Aafiyah itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Dapat hadiah, siapa je tak excited kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: