seismik

[VIDEO] Hasilkan ‘Web-Shooter’ Sendiri, Kreativiti Adik Ini Terima Pujian Netizen

Andrew Garfield pun tak reti buat dik.

Cover image via @abangis47 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Spider-Man merupakan watak kartun adiwira kegemaran kanak-kanak sejak dulu lagi

Siapa saja yang tidak kenal dengan Spider-Man? Adiwira daripada Marvel itu telah menjadi kegemaran ramai, tidak kiralah kanak-kanak mahupun dewasa.

Selain itu, benda yang popular dalam kalangan peminat Spider-Man juga adalah web-shooter, sebuah alat penembak web yang digunakan Spider-Man.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki menunjukkan web-shooter yang telah dibuatnya sendiri.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hanya menggunakan barang-barang di sekelilingnya

Menerusi video berkenaan, budak lelaki itu menunjukkan tutorial membuat web-shooter tersebut.

Apa yang menarik adalah budak lelaki itu hanya menggunakan barang-barang di sekelilingnya seperti topeng muka dan pen marker untuk menghasilkan web-shooter berkenaan.

"Thanks, boleh jadi Spider-Man lepas ni" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut, ianya telah meraih sehingga 1.4 M views, 3,284 shares dan 70.9K likes di TikTok.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menujukkan sokongan dan pujian terhadap budak berkenaan di atas kreativitinya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baiklah dik, boleh try buat dekat rumah ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: