[VIDEO] Konfeti Terkena Pada Makanan, Suami Tarik Muka Selepas Dah Beri Peringatan
Takpelah, benda dah jadi.
Kalau menyambut hari lahir anak, sudah pasti kita inginkan sambutan tersebut diraikan dengan meriah
Lebih-lebih lagi sambutan itu adalah untuk anak yang masih kecil. Ibu bapa pasti ingin memberikan memori yang indah kepada anaknya.
Baru-baru ini, seorang ibu menyediakan popper konfeti bagi memeriahkan lagi majlis hari lahir anaknya. Namun begitu, ada perkara yang tidak dijangka berlaku.
Lihat video tersebut di bawah:
Konfeti berterbangan lalu terkena pada makanan
Menerusi video berkenaan, kelihatan terdapat makanan-makanan yang dihidangkan di hadapan keluarga tersebut. Tindakan ibu yang melepaskan konfeti tersebut menyebabkan ia terkena pada makanan yang tidak ditutup.
Menurut kapsyen yang ditulis @princesshermossa03, suaminya sudah mengingatkan supaya makanan yang terhidang itu ditutup dahulu. Dia juga tidak menjangka perkara itu akan berlaku.
"Takpalah benda dah jadi, belajar dari kesilapan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 10.5M views, 14K comments dan 175.6K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!