[VIDEO] Terpengaruh Dengan Ayat "Sebab Boleh Dik", Jawapan Murid Ini Merisaukan Gurunya
Kesian pada cikgu-cikgu yang tanda kertas soalan.
Kesan pengaruh media sosial terhadap murid sekolah memang ramai yang terlepas pandang
Media sosial sememangnya mempunyai banyak kandungan-kandungan yang menghiburkan seperti meme yang mudah menular di platform tersebut.
Salah satunya adalah sebuah meme Azri Walter yang menunjukkan potongan videonya bersama caption "sebab boleh dik".
Namun begitu, ramai terlepas pandang terhadap kesan banyaknya penggunaan meme ini di media sosial dan akibatnya kanak-kanak yang masih bersekolah mudah terpengaruh.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang guru sedang menanda kertas soalan seorang muridnya. Jawapan yang diberikan oleh murid tersebut mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Risau melihat anak murid jawab soalan macam itu
Menerusi video berkenaan, guru tersebut merekod video sambil menanda kertas soalan salah seorang anak muridnya.
Seperti kapsyen yang diberikan pada video TikTok tersebut, guru tersebut terlihat risau akan jawapan yang diberikan murid tersebut.
Jawapan yang diberikan murid tersebut dipercayai dipengaruhi oleh meme Azri Walter tersebut apabila terdapat beberapa jawapan yang diberikan oleh murid tersebut adalah "sebab boleh".
"Mencabar betul jadi cikgu sekarang, sabar lah cikgu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 939.2K views, 4,028 shares dan 75.2K likes di TikTok, rata-rata netizen memberikan reaksi yang sama seperti guru tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!