Dapat Firasat Kena ‘Scam’, Wanita Ini Temui Semula Lelaki Yang Cuba Cari Mangsa Lain
Kena lebih alert lepas ini.
Baru-baru ini, tular apabila seorang wanita memberikan RM20 kerana simpati terhadap keadaan seorang lelaki warga asing bersama keluarganya
Sebagai rakyat Malaysia, kita terkenal dengan sifat pemurah yang suka memberi sumbangan terutamanya kepada pengemis mahupun peminta sedekah kerana itulah sifat yang diajar pada kita sejak kecil lagi.
Namun begitu, sifat ini kadangkala dieksploitasi oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan wang dengan mudah.
Telah tular sebuah video berkenaan seorang wanita berjaya meng'kantoi'kan seorang warga asing yang sedang menjalankan sindiket scamnya.
Lihat video itu di bawah:
Wanita halang lelaki berikan sumbangan kepada warga asing
Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu terserempak semula dengan warga asing yang baru dijumpai. Dia kelihatan sedang meminta wang daripada lelaki yang berada di luar keretanya.
Wanita itu bertindak menghalang lelaki itu untuk memberi sumbangan kepada warga asing itu.
“Pernah kena, alasan mereka tak ada duit minyak” - Netizen
Setelah tularnya video tersebut, post telah meraih sehingga 156.7K views, 996 likes dan 1,458 reposts di Twitter.
Rata-rata komen netizen menyatakan mereka pernah terserempak dengan warga asing tersebut dan mengesahkan lelaki tersebut sememangnya scammer.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!