Trend NPC Di TikTok, Netizen Berikan Pelbagai Reaksi Terhadap Video Yang Tular Ini
Macam-macam ya generasi sekarang ini.
Mengumpul gift yang lumayan daripada followers sudah menjadi seperti trend di TikTok
Dengan hanya melakukan pergerakan-pergerakan seperti Non-playable Character (NPC) pengguna-pengguna TikTok dapat menghasilkan income yang lumayan daripada live yang mereka buat di TikTok.
Tular di Twitter sebuah video Tiktok yang memaparkan live seorang wanita yang membuat aksi NPC di livenya.
Lihat video itu di bawah:Trend yang telah popular di US dibawa ke sini
Difahamkan, trend ini sudah terkenal di Amerika Syarikat dan di Malaysia trend tersebut mula naik selalunya menerusi live di TikTok.
Video TikTok yang dikongsikan di Twitter itu memaparkan seorang wanita berpakaian kostum dan membuat aksi seperti seorang NPC dalam livenya.
Setiap kali wanita tersebut mendapat gift dari penonton live tersebut, dia perlu membuat reaksi tertentu menunjukkan tanda terima kasih atas pemberian gift tersebut.
"Tak penat ke nak react benda-benda tu?" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, ianya telah meraih meraih sehingga 829.4K tontonan, 1,839K tanda suka dan 679 perkongsian di Twitter.
Walaupun video tersebut tidak mendatangkan perkara-perkara yang sensitif, ramai di kalangan netizen mempersoalkan penghasilan trend tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen yang dilontarkan netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!