seismik

Riko Agus Tinggalkan Band Sekumpulan Orang Gila (SOG) Selepas 10 Tahun Bersama

Lepas ini nak dengar Riko scream lagu SOG dekat Spotify jelah boleh.

Cover image via @rikoagustinz (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Bekas screamer Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengumumkan pengundurannya daripada band tersebut di media sosial

Ramai peminat industri muzik tanah air khususnya peminat SOG terkejut dengan berita keluarnya Riko Agus daripada band tersebut.

Lebih mengejutkan, bukan sahaja Riko yang dikhabarkan keluar daripada band tersebut malah empat orang lagi kumpulan itu turut dikhabarkan keluar daripada band.

Riko Agus telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram yang memaparkan kenyataannya tentang peninggalannya daripada band.

Berikut di bawah adalah hantaran yang dimuat naik Riko Agus:

Telah dimaklumkan bukan lagi ahli band sejak Jun lalu

Dalam kenyataannya itu, dia bersama tiga ahli band yang lain iaitu Qayyum Rahim, Amsyar Saiful dan MK Ridzuan telah dimaklumkan mereka bukan lagi sebahagian daripada band pada 26 Jun 2023.

Tambahan lagi, dia menyatakan bahawa persembahan terakhir mereka bersama tersebut adalah di show SOG Reimaginasi pada 17 Jun yang lalu.

Ahli-ahli SOG yang dikhabarkan keluar daripada band itu. Dari kiri Riko Agus, Qayyum Rahim, Amsyar Saiful, MK Ridzuan.

Image via Instagram

Gambar ketika SOG bersama Shila Amzah memenangi AJL Ke-36

Image via baskl.com.my

Harap-harap sangat sekadar gimik je :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: