seismik

[VIDEO] Tanya Tentang Warna Jalur Gemilang, Jawapan Ikhlas Murid Ini Buat Netizen Terhibur

Betul lah tu.

Cover image via @fadhlinasidek (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau tanya budak-budak soalan, kadang-kadang jawapan yang diberikan tak dapat dijangka

Selalunya kalau ajak budak-budak borak kita akan selalu tanyakan soalan yang simple dan mudah dijawab. Namun begitu, kadang-kadang jawapan yang diberikan itu kadangkala mampu buat kita hampir tergelak kerana jawapannya begitu di luar jangkaan.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok Menteri Pendidikan @fadhlinasidek yang sedang beramah mesra dengan murid-murid di SK Pulau Tuba.

Lihat video tersebut di bawah:

@fadhlinasidek "Bendera Malaysia warna apa?" Comel kan adik Muhd Hadif dari SK Pulau Tuba ni jawab? Jawapan memang kreatif! Misi membangun anak-anak baik lagi cerdik, petah berbicara dan santun pekertinya. #7TerasKPM #MalaysiaMADANI Ku Ingin Sekolah - Frengky & Friends

Tak jangka dengan jawapan yang diberikan

Menerusi video tersebut, kelihatan YB Fadhlina Sidek sedang bertanyakan tentang Jalur Gemilang kepada seorang murid lelaki yang ketika itu sedang mewarnakan gambar Jalur gemilang.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah jawapan murid lelaki tersebut ketika ditanyakan tentang maksud warna kuning pada Jalur Gemilang. Dengan confidentnya murid tersebut menjawab "yellow" sedangkan mungkin jawapan yang diharapkan adalah kedaulatan Raja Berperlembagaan.

"Jawapan selamat gitu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, sehingga kini ia telah meraih 221.2K views, 9.6K likes dan 95 shares di TikTok. Rata-rata netizen di TikTok memberikan reaksi terhibur terhadap gelagat murid tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Takpa dik lepas ni dengar lagu Jalur Gemilang banyak kali, senang nak jawab soalan cepumas macam ini :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: