seismik

[VIDEO] Sabar Tunggu Kakak & Abang Buatkan Susu, Gelagat Kembar Tiga Ini Cuit Hati Ramai

Comelnya!

Cover image via @akmasyafira (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila ada adik yang masih kecil, sudah menjadi tanggungjawab abang dan kakak untuk membantu ibu bapa menjaga mereka

Kadang-kadang, ibu bapa terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk memerhatikan anak mereka yang masih kecil.

Seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah video tular ini di TikTok menunjukkan seorang abang dan kakak membantu membuatkan susu untuk adik-adiknya.

Apa yang menarik adalah adik-adik mereka itu adalah kembar tiga. Abang dan kakaknya juga masih kecil lagi di mana masing-masing hanya berumur 3 tahun dan 5 tahun.

Lihat video tersebut di bawah.

@akmasyafira

Abang dengan kakak matang seblum usia,Triplet pula setia menunggu

original sound - ABG.TESLA

Bantu ibu jagakan adik-adik

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, kelihatan tiga orang bayi kembar sedang sabar menunggu abang dan kakaknya buatkan susu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara mereka baringkan adik-adiknya selepas diberikan susu. Kakak dan abang kepada kembar itu dilihat bersahaja menolak kembar tersebut untuk membaringkan mereka.

"Macam tu je dia tolak haha comelnya ish" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 3.9M views, 263.3K likes dan 10.2K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan reaksi terhibur dengan gelagat adik-beradik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kecil-kecil dah pandai jaga adik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: