[VIDEO] Beli Hadiah Basikal Untuk Anak, Bapa Tidak Dapat Tahan Sebak Lihat Anak Gembira
Nak join nangis sekali boleh?
Kasih sayang ibu bapa kadangkala ditunjukkan melalui perlakuan mereka
Kadangkala kasih sayang daripada ibu bapa itu bukan sahaja ditunjukkan melalui kata-kata semata malah reaksi dan perlakuan mereka juga boleh gambarkan sayang mereka terhadap anak-anak.
Itulah yang dapat kita lihat menerusi sebuah video yang telah tular selepas dikongsikan di Twitter. Video tersebut menunjukkan sepasang suami isteri memberikan kejutan hadiah hari lahir kepada anak perempuan mereka.
Lihat video itu di bawah:
Bapa tak dapat tahan sebak selepas anak perempuannya berlari memeluknya
Menerusi video tersebut, kelihatan anak perempuan mereka berasa pelik kerana ibunya tiba-tiba merakamkan momen tersebut lalu terkejut apabila melihat sebuah basikal baru di dalam biliknya.
Pada mulanya budak tersebut menyangka ibunya yang membelikan basikal tersebut namun selepas mendapat tahu ianya dibelikan oleh bapanya, dia terus berlari ke arah bapa itu dan mengucapkan terima kasih.
Tindakan budak perempuan itu membuatkan bapanya tidak dapat menahan sebak selepas melihat anaknya gembira.
"Aku ni susah nak nangis, tengok video ni pun boleh berair mata. Rasa seronok tengok anak-anak gembira" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 1.9M views, 11.8K likes dan 5K reposts.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter memberikan reaksi terharu dengan video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!