seismik

[VIDEO] Hasilkan 'Wau' Jalur Gemilang, Kreativiti Kembar Ini Dapat Pujian Ramai

Style gila!

Cover image via @aminxabid (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Mengibarkan Jalur Gemilang adalah antara cara yang boleh kita lakukan bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan sebagai rakyat Malaysia dalam menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan dan antaranya adalah dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Itu yang kita dapat lihat menerusi video yang telah tular di TikTok memaparkan kreativiti sepasang kembar mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara mereka sendiri.

Lihat video penuh di bawah:

Tunjuk cara buat wau guna Jalur Gemilang

Menerusi video yang telah tular itu, pasangan kembar tersebut telah menggunakan Jalur Gemilang untuk dijadikan sebagai layang-layang.

Video berkenaan juga telah memaparkan sekilas bagaimana mereka hasilkan layang-layang Jalur Gemilang tersebut dan telah ditunjukkan dengan jelas.

"Sangatlah kreatif tambah pulak lagu Faizal Tahir ni auto meremang" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 1.4M views, 230.6K likes dan 5K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan pujian terhadap kembar tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, tengok video ni terus rasa nak buat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: