Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dayangku Iffah & Hafiz Zainal Akur Tersingkir CSOIAM, 8 Peserta Layak Ke Minggu Seterusnya

Susulan meraih markah dan undian rendah Dayang Ku Iffah dan Hafiz Zainal terpaksa melupakan impian mereka untuk melangkah ke minggu berikutnya.

Cover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dayangku Iffah dan Hafiz Zainal akur tersingkir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pada konsert minggu ketiga yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Studio NTV7, Glenmarie malam tadi

Susulan meraih markah dan undian rendah Dayang Ku Iffah dan Hafiz Zainal terpaksa melupakan impian mereka untuk melangkah ke minggu berikutnya.

Pada minggu ini Dayang Ku Iffah mendendangkan lagu Pencuri Hati manakala Hafiz mempersembahkan lagu Senyuman Ragamu dengan membawa tema Rasa Paling Indah.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Mereka berdua meraih markah terendah berbanding lapan lagi peserta lain selepas penilaian juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan serta juri jemputan, Ernie Zakri.

Ini bermakna, Zazzleen, Eylia Guntabid, Marian, Kai Deva, Alya Mardien, Marygrace, Jimi dan Rezza Shah meneruskan kemaraan untuk minggu keempat yang bertemakan Sinergi Muzik, Ahad depan.

Marygrace dinobat sebagai peserta 'Terpaling Fizz' minggu ini

Persembahan bertenaga Marygrace ketika mendendangkan lagu Memori Tercipta melayakkan dirinya dinobatkan sebagai 'Terpaling Fizz'.

Dalam pada itu, bakat asal Keningau, Sabah berkenaan turut berpeluang berduet dengan Papa Rock, Datuk Ramli Sarip pada konsert minggu keempat.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Yusry berkata, penampilan Marygrace tampak lebih menonjol kerana mempunyai keyakinan tinggi sehingga menyerlahkan keseluruhan persembahannya.

"Jangan terlalu fokus terhadap aspek tertentu sahaja kerana juri turut melihat banyak lagi sudut lain ketika penilaian pemarkahan.

"Kena serlahkan diri, lihat Ernie Zakri ketika persembahan penutup tadi. Dia hanya berdiri, namun keyakinan di atas pentas menonjolkan aura tersendiri," katanya pada sidang media selepas konsert minggu ketiga CSOIAM di Studio NTV7, Glenmarie malam tadi.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Konsert CSOIAM minggu keempat bertemakan 'Sinergi Muzik' menyaksikan hanya lapan peserta bakal membuat persembahan

Proses penyingkiran seterusnya akan diadakan pada konsert minggu keempat sehingga empat finalis berjaya dicari untuk berentap pada konsert akhir pada 9 Februari depan.

Keputusan akhir bagi minggu seterusnya ditentukan berdasarkan 60 peratus markah daripada juri dan baki 40 lagi bergantung kepada undian penonton.

Konsert minggu ketiga CSOIAM menampilkan kumpulan Ruffedge sebagai pembuka tirai persembahan dengan menyampaikan lagu Bila Rindu, Lemas dan Tipah Tertipu.

Turut membuat, Ernie yang menghiburkan penonton dengan lagu Aura sebagai penutup tirai.

Image via Kosmo!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai debaran dan kejutan dalam siaran episod Calpis Soda OIAM pada setiap Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million!

Nikmati gabungan hiburan terbaik dan kesegaran tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu pilihan utama yang pasti menyegarkan musim ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment