"Dia Bukan Mak Cik Hang" - Rita Rudaini Label Cara Imran Bard Minta Maaf Macam Tak Beradab
Ia susulan Imran Bard membuat video permohonan maaf kepada Ellie Suriaty.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Rita Rudaini memuat naik satu hantaran di Instagram Storynya baru-baru ini yang ditujukan buat pempengaruh, Imran Bard
Menerusi hantaran tersebut, Rita menegaskan kepentingan adab dalam kehidupan sebagai seorang manusia dan menyifatkan cara Imran meminta maaf adalah kurang sesuai.
Perkara itu ditekankan Rita selepas timbul isu pertelingkahan antara pelakon, Ellie Suriaty dengan Imran Bard berkenaan parodi yang memetik nama pelakon berkenaan.
"Dia bukan makcik hang. Lebih sopan address dia Puan. Cara minta maaf pun tak ada adab. Kaya macam mana pun kita, belajar tinggi macam mana pun kita, kalau adab itu tak ada, tak payah rasa diri tu hebat," tulisnya.
Image via @ritrud727 (Instagram)
Faham maksud tersirat bila Ellie mahu ibu bapa Imran datang berjumpanya dan memohon maaf
"Ellie tak perlu influencer naikkan nama dia. Nama Ellie dalam industri seni sangat besar dan zaman kami semua naik dulu, waktu belum lagi ada media sosial.
"Saya nak mak bapak dia datang minta maaf. Kalau yang bijak akan faham apa isi tersirat Ellie," tulisnya lagi.
Image via @imeringue2 (TikTok)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment