Anak Disahkan Menghidap Hemangioma & Sindrom Budd Chiari, Perut Membesar Sehingga 52CM
Allah, berat ujian mereka. Moga terus tabah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bayi berusia enam bulan disahkan menghidap hemangioma atau pertumbuhan saluran darah tidak normal dan juga masalah jantung tersumbat
Menurut laporan Harian Metro, pasangan suami isteri, Farah Nadia Khalid, 32, dan Wan Hibatul Haziq Habib, 27 diberitahu anak kedua mereka, Wan Niyaz Mukhriz turut disahkan menghidap sindrom budd chiari yang menyebabkan perutnya membesar sehingga 52 sentimer.
Difahamkan, wanita berkenaan diberitahu oleh doktor yang kandungannya berisiko sepanjang kehamilan dan berpotensi dilahirkan dalam keadaan kesihatan kurang sempurna.
"Bila doktor beritahu macam itu, saya terkejut namun saya dan suami pasrah dengan dugaan itu, hanya berserah kepada Allah dan Alhamdulillah, bayi saya selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi," katanya.
Anak dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal (NICU) selepas lahir dan disahkan menghidap hemangioma, masalah jantung tersumbat dan sindrom budd chiari
"Keadaan perut anak saya ini makin membesar sehingga 52 sm berbanding sebelum ini 44 sm dan itu membuatkan saya dan suami risau, namun kami tidak akan berhenti berikhtiar agar dia pulih seperti bayi yang normal.
"Doktor kata tak pasti sama ada perut dia akan membesar lagi atau tidak dan buat masa ini, doktor cuma buat pemantauan manakala kami bawa dia menjalani rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan Hospital Serdang, Selangor berkenaan masalah jantungnya," katanya lagi.
Pasangan suami isteri tersebut turut membuat rawatan alternatif dan mendapatkan maklumat daripada pakar perubatan lain.
"Sebagai ibu, tentunya saya bersabar serta terus berusaha untuk cari rawatan terbaik dan yakin dengan izin Allah, dia akan sihat nanti.
"Dari segi kos perubatan, Alhamdulillah setakat ini ramai membantu dan Baitulmal pun ada beri bantuan susu khas. Sekarang ini saya hanya cuba berikhtiar dan berharap ada keajaiban untuknya untuk pulih," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!