Influencer Bengang Dapat CL Dari Neraka, Cakap Ada Pengalaman Tapi Tak Pandai Jaga Bayi
Influencer tersebut turut meminta refund tapi tidak dilayan oleh syarikat pakej berpantang itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang, ramai wanita yang baru lepas bersalin memilih untuk menempah pakej berpantang dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan confinement lady (CL)
Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat memudahkan urusan mereka yang sedang berpantang tanpa perlu menyusahkan ahli keluarga untuk menjaga mereka.
Kebiasaannya, pakej berpantang sudah termasuk semua penjagaan buat si ibu dan bayi. Ia terpulang kepada kita untuk menempah berapa hari. Ada yang mengambil perkhidmatan CL selama 44 hari sehingga mereka habis pantang.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang infuencer baru-baru ini apabila dia mendapat CL dari 'neraka'
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @deebahalil di Instagram, influencer tersebut mendedahkan perangai CL yang merawat dia dan bayi yang dikatakan tidak profesional dan sering membuat hal.
Difahamkan, sepatutnya CL lain yang datang merawatnya sepanjang tempoh berpantang. Tetapi, syarikat terbabit menukar last minute dengan CL lain dan malangnya, CL berkenaan seolah-olah tidak pandai menjaga bayi.
Ia membuatkan influencer berkenaan risau dan bimbang akan keselamatan bayinya. Oleh itu, dia meminta refund daripada pihak confinement tersebut.
Namun, dia 'disidai' selama seminggu dan tiada perkembangan daripada pihak terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!