seismik

Wanita Buat House Tour Flat Tapi Dalam Macam Kondo - "Rumah PPR Di Tangan Yang Tepat"

Sumpah cantik rumah dia, admin suka!

Cover image via @housetourmalaysia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, @housetourmalaysia telah menerjah seorang penduduk di rumah flat PPR di Kuala Lumpur untuk membuat house tour

Menerusi video yang berdurasi 3 minit itu, wanita berkenaan memberitahu dia sudah menetap di kawasan tersebut selama 17 tahun.

Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah rumahnya tidak nampak seperti rumah-rumah flat biasa. Dekorasinya persis seperti rumah kondominium!

Antara ruang yang paling digemari ramai adalah bilik airnya yang dibuat khas macam dalam hotel. Menurut wanita itu lagi, dia memang suka tengok bilik air hotel yang cantik-cantik, jadi dia mengambil sumber inspirasi dan dekorasi melalui YouTube dan sebagainya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji kecantikan dan kekemasan rumah tersebut

Lihat video di bawah:

@housetourmalaysia

PPR kalau pandai deko pun boleh nampak macam kondo taw. Thank you Puan Nurul @ÑURUĹ QŬĘEÑ sudi bawa team HTM tour rumah. Tertarik dengan kisah puan Nurul yang mana beliau sewa rumah ini dah 17 tahun sebelum dapat membelinya tahun lepas. Rumah beli rumah ini pada harga RM35k dan seperti umum maklum lokasi rumah ini memang hot sebab tengah Kuala Lumpur. Puan Nurul pengemas orangnya, walaupun rumah saiz 600sqfeet tapi tak nampak sempit pun. Setiap ruang nampak cantik dan kemas. Paling min terinpirasi dan rasa nak tiru mestilah tandasnya. Nantikan episod ini full di Youtube kami.

original sound - House Tour Malaysia - House Tour Malaysia

You may be interested in: