Masjid & Surau Negeri Pahang Ditetapkan Solat Tarawih 20 Rakaat Sepanjang Ramadan Ini
Penetapan itu diperkenan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pahang akan melaksanakan solat tarawih 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau sepanjang Ramadan ini
Menurut laporan Berita Harian, Jabatan Mufti Negeri Pahang memaklumkan penetapan itu selepas diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Kesempurnaan solat tarawih adalah afdal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafie.
"Bagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul Al-Quran," katanya.
Jabatan itu turut memaklumkan bahawa menunaikan solat tarawih secara berjemaah adalah lebih afdal
"Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam bahawa melakukan solat-solat sunat di malam Ramadan mempunyai fadilat yang sangat besar seperti mana hadisnya.
"Maksudnya: Barangsiapa yang mendirikan Ramadan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!