Pegawai JPJ Bantu OKU Guna Bahasa Isyarat Terima Pujian Warganet - "Tak Semua Orang Tahu"
Terbaiklah abang JPJ!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini meraih pujian ramai selepas videonya membantu orang kelainan upaya (OKU) tular di laman TikTok dan X
Menerusi video yang dimuat naik oleh @khaizamri_, kelihatan pegawai tersebut sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat membantu seorang lelaki OKU yang bertanya sesuatu kepadanya.
Tindakannya itu dipuji warganet di laman X
Susulan tularnya video itu, seorang pengguna di laman X turut berkongsi kebaikan yang dilakukan pegawai JPJ berkenaan.
"Terbaik abang JPJ , Satu anugerah yang tiada nilai bagi satu agensi mampu membantu masyarakat.
Tak semua tahu bahasa isyarat ni," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!