Komen Fattah Di Posting IG Amira Curi Tumpuan - "Fuh, Berpeluh Tengok Reply Bang Long!"
Amboi, banyak love dia bagi ya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Walaupun nampak simple, tapi macam ada makna! Komen Fattah Amin di gambar Amira Othman baru-baru ini di Instagram telah membuat ramai tidak keruan
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Amira di akaun Instagramnya, dia yang memakai busana raya Jakel Textile itu mengatakan tidak tahu untuk meletakkan kapsyen apa kerana kekeringan idea.
Namun, komen Fattah pula yang berjaya mencuri tumpuan netizen kerana pelakon itu meletakkan beberapa emoji love berwarna biru.
"Macam biasa jawapan kepada soalannya of course baju from @jakeltextile hehe terima kasih semua sudi datang. Jumpa next lokasi insyaAllah. Saya pun tak tahu nak letak caption apa. Macam sama je ek? Tolong bagi idea next caption untuk next tour please," katanya.
Komen tersebut ternyata menerima ribuan likes dan ratusan komen daripada peminat memuji keberanian Fattah yang mula mengorak langkah dengan menulis emoji itu
Terdahulu, Fattah memuat naik gambar bersama Amira di Instagramnya dengan kapsyen ringkas.
"Kita selfie dulu ya sebelum jumpa kejap lagi," tulisnya.
Sejak sebulan lalu, nama Fattah dan Amira semakin tular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta. Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!