seismik

Pasangan Yang Daftar Perkahwinan Di Seoul, Korea Selatan Kini Layak Dapat Bantuan RM3,000

Wow! Pergi kahwin dekat Korea cepat :P

Cover image via BloomThis

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pentadbiran Metropolitan Seoul akan memberikan ganjaran 1 juta won (RM3,000) kepada pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka di kota itu dalam usaha meningkatkan kelahiran bayi

Menurut laporan Korea Times, inisiatif diberi nama 'perbelanjaan' sara hidup perkahwinan itu bertujuan untuk membantu pengantin baharu membeli peralatan rumah dan perabot selepas berkahwin.

"Selepas berunding dengan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, kami akan mengagihkan subsidi tersebut bermula Oktober ini," katanya.

Difahamkan, pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka pada 2025 dan memiliki pendapatan kurang 5.89 juta won (RM18,100) bagi isi rumah dua orang, layak menerima inisiatif itu.

Image via Korea Times

Kira-kira 20,000 pasangan dijangka dapat manfaat daripada program bantuan tunai baharu tersebut

Pada masa sama, pihak berkuasa merancang memperluaskan skop bantuan dengan memasukkan pasangan berpendapatan sehingga 7.07 juta won (RM21,700) bagi isi rumah dua orang ke dalam skim tersebut.

Manfaat berkenaan bertujuan untuk meneruskan trend kelahiran bayi dengan mengukuhkan sokongan perkahwinan, bersalin dan keibubapaan, selepas kadar kelahiran di Korea Selatan meningkat buat kali pertama tahun lalu.

Menurut data Statistik Korea, 8,568 kelahiran dari Januari hingga November 2024 meningkat 5.1 peratus berbanding tempoh sama pada 2023 iaitu 36,703 kelahiran.

Bilangan bayi yang dilahirkan di Seoul juga meningkat setiap bulan pada tahun lalu berbanding 2023, kecuali Januari dan Mac di mana masing-masing menyaksikan penurunan sembilan dan empat peratus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: