seismik

Lelaki Diculik, Dipukul & Dipaksa Makan Babi Lepas Terpedaya Konon Dapat Kerja Di Thailand

Difahamkan, lelaki berkenaan kini berada di Myanmar dan gagal dihubungi oleh ahli keluarganya.

Cover image via FMT Malaysia & Hishamuddin Hashim (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 37 tahun dilaporkan terperangkap di Myanmar selepas terpedaya dengan tawaran kerja sebagai juruteknik oleh seorang individu di Thailand pada 13 November lalu

Menurut laporan Harian Metro, salah seorang ahli keluarga lelaki berkenaan memberitahu dia memasuki negara itu melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Walau bagaimanapun, bekas isterinya memaklumkan, lelaki itu gagal dihubungi sebelum mereka mendapat panggilan telefon daripadanya yang memberitahu dia diculik dan berada di Myanmar pada 24 November lalu, dan turut meminta wang tebusan jika mahu pulang.

Menurut kakak mangsa pula, mereka terpaksa berbohong kepada anak adiknya dengan memberitahu bapa mereka bekerja di luar negara dan baik-baik saja.

Malah, dia sempat meminta adiknya menghantar pesanan suara beritahu dia juga 'ok' dan minta belajar bersungguh-sungguh supaya anaknya tidak bimbang.

"Saya sangat berharap Kerajaan Malaysia dan Thailand dapat membantu menyelamatkan dan membawa pulang adik yang terperangkap di Myanmar sejak November lalu," Noraini, 38.

Image via Harian Metro

Dipukul, dipaksa makan babi dan dimasukkan dalam bilik gelap

"Adik merayu mahu balik dan dia juga menderita di sana kerana dipukul dan dipaksa makan babi. Adik juga sudah tiga kali dimasukkan ke bilik gelap.

"Kali terakhir saya berhubung dengan adik ialah pada Rabu minggu lalu dan dia ada beritahu, tempat mereka sudah tiada bekalan elektrik, hanya menggunakan generator serta makanan juga berkurangan," katanya.

Noraini ditemui pada perhimpunan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama 30 keluarga rakyat Malaysia yang terperangkap di pusat scam, Myanmar di Kedutaan Thailand.

Menurutnya lagi, sepanjang adiknya berada di negara berkenaan, dia mendapat seorang 'pelanggan' dan dijanjikan gaji RM3,000 namun ditipu selain bekerja bermula jam 4 petang hingga jam 9 pagi.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menyerahkan surat yang membawa dua perkara untuk perhatian Kerajaan Thailand iaitu menghentikan dan mengambil tindakan berkaitan negara berkenaan menjadi pusat transit pemerdagangan manusia seluruh dunia, termasuk Malaysia

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim

Image via Berita Harian

Selain itu, ia bagi membantu menyelamatkan rakyat Malaysia dan semua mangsa daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar dan Laos.

"Kita sudah menyerahkan senarai nama, maklumat pasport, laporan polis dan lokasi rakyat Malaysia yang terperangkap di Myanmar. Kira-kira 150 mangsa lagi masih terperangkap di negara berkenaan.

"Jadi, kita harap Kerajaan Thailand dapat membantu," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: