Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dikutuk Rumah 'Bersepah' Sebab Ada Anak Kecil, Suami Tampil Buka Mulut Nafi Isteri Pemalas

Yang mengata tu pun entah-entah rumah dia lagi bersepah.

Cover image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai ibu bapa yang memiliki anak masih kecil, sudah pasti sering berhadapan dengan situasi rumah bersepah bukan?

Keadaan itu sebenarnya normal terutamanya bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan kerana pergerakan dan kecenderungan mereka untuk mencuba pelbagai perkara sememangnya sukar dikawal.

Jadi, tidak hairanlah jika rumah kita bersepah dengan mainan anak. Malah, walaupun baru saja sesuatu ruangan itu dikemas, tidak berapa lama kemudian pasti akan bersepah semula.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia mendapat soalan berbaur perli daripada netizen yang mengata isterinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Persoalkan rumah bersepah, kaitkan isteri pemalas

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai @bapaknsuamiorang2, kelihatan dia menjawab soalan daripada netizen yang mempertikaikan isterinya seorang yang pemalas.

Perkara itu terjadi gara-gara dia berkongsi video anaknya yang bermain di rumah mereka dan keadaan bersepah pula yang menjadi tumpuan si netizen itu.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila lelaki itu tidak melenting sebaliknya menjawab soalan tersebut dengan tenang.

Dia menjelaskan sebenarnya kawasan anaknya bermain itu adalah di kediaman jiran sekitar mereka. Malah, dia juga sempat berkata sekiranya rumah dikemas sekalipun tetap akan bersepah semula kerana itu merupakan situasi normal bagi mereka yang ada anak kecil.

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

"Toksik betul. Rumah bersepah ada anak kecik is normal. Sampai kait bini orang melampau betul" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 782.7K views, 51.8K likes dan 1.1K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan oleh individu tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Image via @bapaknsuamiorang2 (TikTok)

Jangan sibuk hal orang lain, pandai-pandai dialah nak jaga isteri dengan anak dia kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment