seismik

[VIDEO] Kecoh Dua Wanita Ini Bertengkar, Tapi Suara Mereka Pula Yang Jadi Bahan Warganet

Jangan gaduh-gaduh sis!

Cover image via @ahmadsyihan13 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, kecoh di laman TikTok mengenai dua orang wanita bertengkar tanpa diketahui puncanya

Pergaduhan mereka itu telah mendapat perhatian ramai gara-gara suara mereka berdua yang dikatakan kecil dan nyaring.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Beria bergaduh, tapi suara pula yang jadi bahan ramai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahmadsyihan13, kelihatan dua orang wanita itu sedang bertengkar sambil diperhatikan oleh pasangan mereka di dalam sebuah rumah.

Namun, ramai yang tidak faham akan apa yang dikatakan oleh mereka kerana suara yang sangat nyaring dan bergema itu.

Lebih menghiburkan lagi, para netizen pula sempat meninggalkan komen lucu dan menyamakan suara mereka dengan kartun Chipmunk.

"Macam bunyi kasut dekat court badminton pun ada haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 245.3K tontonan, 8.4K tanda suka dan 389 perkongsian di TikTok.

Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet masih tidak memahami apa yang dibahas oleh dua wanita itu sehingga ke akhir video.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ada siapa-siapa faham apa yang diaorang gaduhkan tu? Tolong explain kejap :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: