Perlekeh Isu Wanita Senggugut, Pemuda Ini Nasihat Jangan 'Compare' Dengan Sakit Berkhatan
Senggugut ni bukan benda lawak okay.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Masalah senggugut dalam kalangan wanita bukanlah satu perkara yang baru
Bukan semua wanita mengalami sakit ini ketika datang haid, namun bagi mereka yang sering merasakan senggugut sudah pasti sukar untuk melakukan kerja lain sehingga kadangkala ia boleh menyebabkan seseorang itu pitam.
Tetapi, tular baru-baru ini mengenai sebuah video seorang pemuda yang seolah-olah memperlekehkan kaum wanita tentang isu senggugut sehingga dia ditegur oleh seorang lagi pengguna di TikTok mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Sakit berkhatan hanya sekali seumur hidup, jangan banding dengan senggugut yang datang setiap bulan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhammad_fareast, kelihatan dia tampil untuk memberikan teguran buat pemuda itu yang membandingkan senggugut dengan sakit berkhatan.
"First, kita sunat sekali saja seumur hidup, tapi perempuan tahan sakit setiap bulan so kita tak boleh nak compare dua benda yang memang ketara perbezaan dia"
"Second, awak punya pernyataan tu memang dah bagi triggered dekat orang-orang yang melihat especially kaum wanita. So respect them as well. Please don't make guys look stupid because of your content. Use your brain okay?" katanya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 505.6K views, 62.5K likes dan 3.1K shares di TikTok
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut setuju dengan pendapat dan cara teguran lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Jangan main-main dengan isu senggugut ni, memang orang perempuan akan cepat triggered sebab mereka je yang tahu sakit tu macam mana :)