“Macam Dah Pendam Lama Je” - Cara Budak Ini Doa Untuk Ibu Bapanya Buat Warganet Terhibur
Auto mengucap kalau mak bapak dia dengar doa ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi rutin kita untuk berdoa setiap kali selesai menunaikan solat
Anak-anak juga sudah dididik sejak mereka kecil untuk solat berjemaah bersama ibu bapa sehinggalah habis bacaan doa.
Jadi, tidak hairanlah jika mereka pandai membaca doa sendiri walaupun tidak solat secara berjemaah kerana sudah terbiasa melihat ayah atau ibu mereka melakukan rutin itu.
Namun, lain pula yang terjadi di dalam sebuah video ini apabila gelagat dan cara seorang budak perempuan membacakan doa untuk ibu bapanya mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat nak doa untuk ibu ayah, tapi lain pula yang jadi
Menerusi perkongsian video daripada @carljohson69, kelihatan dua orang kanak-kanak perempuan itu baru saja selesai menunaikan solat.
Namun sebaik saja si kakak mula membaca doa, ayatnya yang selamba itu telah membuatkan ramai ketawa melihatnya.
"Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku tak sakit, eh! Kena rasuk dengan setan, Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku selalu buat jahat. Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi setan. Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi jahat. Ya Allah kau janganlah kasi mak ayah aku jadi macam pembunuh," katanya.
"Bila kau baru habis gaduh dengan mak ayah hahaha memang takda tapis-tapis eh dik sebijik gitu kau cakap" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 828.2K tontonan, 129.5K tanda suka serta 6.6K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur dan terkejut selepas mendengar doa budak perempuan itu.
Malah, ada yang menganggap mereka berdua baru lepas bergaduh atau dimarahi oleh ibu ayahnya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: