[VIDEO] Tiru Perangai Pasangan, Lelaki Ini Exposed Tabiat Isteri Suka Berkepit & Cium Bahu
Mesti ramai isteri dekat luar sana boleh relate kan?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam tempoh fasa perkahwinan, kita akan nampak macam-macam ragam dan tabiat sebenar pasangan kita
Baik yang elok mahu pun buruk, kita seharusnya menerima kekurangan mereka itu dengan hati yang terbuka. Iyalah, mana ada manusia sempurna di dalam dunia ini betul tak?
Baru-baru ini, tular sebuah trend di laman TikTok mengenai para suami meniru perangai isteri mereka apabila berada di rumah.
Tidak terkecuali dengan sepasang suami isteri ini apabila si suami berlakon dan meniru tabiat isterinya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap pakai tudung, kantoi perangai isteri suka borak sambil cium bahu
Menerusi video yang dimuat naik oleh Habibah Mawaddah, kelihatan suaminya itu sedang melakonkan tabiat sebenar isterinya setiap kali mereka berborak.
Apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu kantoikan tabiat si isteri yang suka bertanyakan soalan bertubi-tubi sambil mencium bahunya.
Wanita itu tidak dapat menahan ketawanya pada akhir video kerana lakonan si suami sememangnya menjadi dan boleh relate.
"Ingatkan aku je perangai entah apa-apa macam ni. Bab cium tu entah diri sendiri pun tak tahu, suka cium bahu time borak dengan suami hahaha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 94.9K views, 3.7K likes dan 376 shares di TikTok.
Manakala hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata para isteri turut mempunyai tabiat sama seperti wanita itu iaitu suka mencium bahu suami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: