Motor Rosak Call Member Tak Layan, Lelaki Ini Syukur Isteri Tercinta Datang Selamatkan
Awh so sweet!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Orang kata, walaupun kita mempunyai ramai kawan belum tentu mereka akan ada semasa kita dalam kesusahan
Sebaik mana pun hubungan persahabatan itu, bukan semua orang mahu menolong kita di saat kita memerlukan mereka di sisi. Pasangan kita sendirilah sebenarnya teman sehidup semati dan sentiasa ada di waktu susah atau senang.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia menghadapi situasi motornya rosak dan diselamatkan oleh isterinya menarik perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tersadai tepi jalan, member pula tak layan. Last-last isteri datang tolong
Menerusi video yang dimuat naik oleh @angahidola, kelihatan dia berada di sebuah perhentian bas akibat motornya secara tiba-tiba rosak.
Walaupun dia sudah menghubungi beberapa orang kawannya untuk meminta tolong, nampaknya tiada seorang pun yang membalas apatah lagi menghulurkan bantuan.
Namun, apa yang membuatkannya terharu adalah apabila akhirnya isteri sendiri yang datang menyelamatkan lelaki itu. Wanita tersebut diihat menunggang sebuah lagi motosikal ke tempat suaminya menunggu sambil tersenyum.
"Moto jem call kawan-kawan tapi bluetick. Nasib ada bini, kekasih dunia akhirat," katanya.
"Kawan-kawan ni kadang bila bersama time senang je bro, moga dipermudahkan segala urusan suami isteri hingga ke syurga amin" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 128.5K likes dan 2.5K shares di TikTok.
Rata-rata warganet turut menumpang gembira di atas kebahagiaan mereka suami isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga beberapa hari lalu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: