seismik

"Tak Serik" - 3 Kali Kena Tinggal Dengan Pakwe, Gadis Ini Bengang Kawan Tak Dengar Nasihat

Hmm kalau dah sayang, memang akan bagi peluang banyak kali punya.

Cover image via @haneybarney (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap hubungan percintaan pasti banyak dugaannya, tambahan pula bagi mereka yang sudah lama bercinta

Apabila ditinggalkan kekasih, kawan baiklah tempat kita meluahkan rasa sedih dan berkongsi masalah bukan?

Namun begitu, ada juga yang susah untuk move on walaupun sudah berkali-kali dicurangi kekasih dan tidak menghiraukan nasihat kawan.

Sama seperti kisah yang dikongsi oleh seorang gadis di TikTok ini apabila dia naik bengang gara-gara kawannya tidak mahu mendengar nasihatnya walaupun sudah tiga kali ditinggalkan boyfriend mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah tiga kali kena tinggal dengan boyfriend tapi masih tak serik

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haneybarney, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta sambil menceritakan tentang kawannya yang baru saja ditinggalkan kekasih.

Menurut gadis itu, kawan baiknya telah berkenalan dengan seorang pemuda. Namun, dia dikecewakan tidak lama selepas itu.

Gadis berkenaan menjalankan tugasnya sebagai kawan untuk menasihati kawannya itu supaya melupakan saja lelaki tersebut.

Tetapi, kawannya itu masih tidak serik dan tetap menjalinkan hubungan bersama boyfriendnya sehingga ditinggalkan sebanyak tiga kali.

Tindakan kawannya itu membuatkan gadis tersebut merasa kecewa kerana nasihat dan pendapat yang diberi langsung tidak diendahkan.

"Saya macam awak sis, last-last kita yang panas. Bukan mamat tu je kita rasa nak maki, member sendiri pun mintak kena maki hahaha geram!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 154.8K views, 17.8K likes dan 1.1K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan cerita gadis itu. Malah, ramai yang dapat relate dengan situasinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Korang ada tak member macam ni? Mesti geram je kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: