[VIDEO] "Sampai Nak Muntah" - Gadis Ini Susah Makan Ubat Buat Ramai Boleh Relate
Kita boleh geng!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesiapa saja pasti tidak suka jika mengalami demam atau mendapat penyakit lain bukan?
Ia bukan saja mengganggu aktiviti seharian kita, malah bagi mereka yang fobia dengan ubat-ubatan sudah tentu tidak mahu makan ubat dan mencari pelbagai alasan untuk mengelak.
Sama seperti seorang gadis ini apabila videonya memaparkan dia mencuba sedaya upaya untuk memakan ubat mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jenis susah makan ubat sampai kena ambil mood dulu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hawajoe99 dengan kapsyen "ada tak kat sini geng susah makan ubat?", kelihatan dia merakam situasi dirinya setiap kali mengambil ubat.
Apa yang membuatkan ramai dapat relate adalah apabila gadis itu tidak boleh menelan ubat dengan mudah dan perlu mencuba beberapa kali akibat rasa nak termuntah.
Malah, dia juga dilihat menelan ubatnya dengan meminum air Sunquick. Pada akhir video, setelah tiga kali percubaan akhirnya gadis itu berjaya menelan ubatnya dan dia seolah-olah merasa lega.
"Betul weh aku kena tumbuk dulu ubat tu bagi hancur baru telan, lebih rela sakit dari makan ubat hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 805.9K tontonan, 123.7K tanda suka dan 4.3K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen dapat relate dengan gadis tersebut.
Namun, ada juga yang tidak mempunyai masalah langsung untuk menelan ubat pil mahupun ubat jenis cecair.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: