seismik

"Hati Kental Boleh Order" - Lelaki Bayar RM2 Untuk Lukisan Gambar, Tapi Hasilnya Pula Lucu

Tapi comel juga.

Cover image via @fazleyjalal (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anda pasti biasa mendengar kes pelanggan kena scam bila membeli barang secara online bukan?

Kes-kes seperti itu sudah sering terjadi, oleh itu kita harus lebih berjaga-jaga semasa ingin membuat sebarang pembelian supaya dapat mengelak diri daripada ditipu dengan penjual. 

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia sendiri menempah lukisan gambarnya di Shopee serendah RM2 menarik perhatian ramai di Twitter baru-baru ini.

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Saja order lukisan bernilai RM2, hasilnya pula menghiburkan hati

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @fazleyjalal, dia berkongsi pengalaman menempah gambarnya untuk dijadikan sebagai lukisan di Shopee.

Namun begitu, dia tidak menyangka hasil gambarnya itu menjadi lucu apabila bentuk mukanya tidak sama langsung seperti gambar yang diberi kepada penjual.

"Hati kental boleh order dengan mamat ni dekat Shopee. Dalam 30 minit dah siap, kalau tak banyak order. Haha for fun je kot aku rasa dia buat service ni,"katanya.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah berjaya mendapat 4.3K retweets, 12.6K likes dan 533 quote tweets di Twitter

Rata-rata netizen turut terhibur melihat hasil lukisan itu. Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi hasil gambar mereka yang ditempah dengan penjual sama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Creative apa, bukan semua orang boleh melukis macam ni tau. Identiti sendiri! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik