seismik

Ini 5 Jenis Keputihan Wanita Yang Anda Kena Tahu & Maksud Di Sebalik Warnanya. Take Note!

Mungkin ada yang belum tahu.

Cover image via @drraihanaismail (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keputihan merupakan masalah normal bagi kaum perempuan

Image via Kompas.com

Sudah pasti kita merasa tidak selesa setiap kali keputihan muncul di waktu-waktu tertentu bukan? Ada yang memakai pantyliner untuk memastikan kebersihan kemaluan terjaga dan ada juga yang kerap membasuh Miss V.

Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat lima jenis keputihan yang biasa keluar dari kemaluan dan ia mempunyai maksud tertentu mengikut warnanya?

Disebabkan mungkin ada di antara anda di sini yang masih belum dapat kenal pasti maksud setiap keputihan itu, kami akan kongsikan lima jenis cecair keputihan di bawah:

1. Keputihan berwarna kekuningan

Gambar sekadar hiasan.

Image via @drraihanaismail (TikTok)

Keputihan seperti ini boleh menyebabkan infection pada vagina anda. Kebiasaannya, cecair keputihan ini mempunyai tekstur yang tebal dan berbau busuk. Punca warna keputihan sebegini mungkin dapat daripada pasangan atau anda sendiri membawanya.

Cara untuk menghilangkannya adalah dengan mendapatkan antibiotik daripada doktor. Jika tidak dirawat, ia akan mengganggu masalah kesuburan anda.

2. Keputihan berwarna sedikit kelabu atau keruh

Gambar sekadar hiasan.

Image via @drraihanaismail (TikTok)

Sekiranya anda mengalami masalah keputihan seperti ini, ia adalah berpunca daripada bakteria Vaginosis. Ia akan terjadi sekiranya anda suka memakai feminine wash atau penggunaan herba di bahagian vagina. 

Ia sama sekali tidak sihat dan anda perlu elak menggunakan feminine wash serta mengurangkan aktiviti meruang.

3. Keputihan berwarna putih pekat

Gambar sekadar hiasan.

Image via @drraihanaismail (TikTok)

Tekstur keputihan ini adalah seperti keju cottage dan ia tidak berapa bahaya berbanding dua keputihan di atas. Anda akan mengalaminya di saat perubahan hormon. 

Namun sekiranya anda terasa gatal-gatal di bahagian faraj, anda perlu segera berjumpa dengan doktor akibat jangkitan kulat. Tetapi, jika anda tiada simptom ini bermakna keputihan itu normal.

4. Keputihan berwarna merah

Gambar sekadar hiasan.

Image via @drraihanaismail (TikTok)

Keputihan seperti ini pula kemungkinan terjadi jika anda baru lepas bersama dengan pasangan akibat luka di bahagian dalam faraj atau simptom ovulasi.

5. Keputihan berwarna jernih

Gambar sekadar hiasan.

Image via @drraihanaismail (TikTok)

Tekstur keputihan ini bersifat jernih dan berlendir seperti putih telur. Ia juga merupakan cecair yang dinantikan oleh para isteri. Ini kerana ia menunjukkan bahawa anda sedang subur.

Cecair keputihan ini akan keluar sekiranya anda mengalami rangsangan dan waktu kesuburan yang tinggi.

Jadi, selepas ini anda harus lebih peka dengan cecair keputihan yang keluar dan sentiasa menjaga kebersihan Miss V okay? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: