Ditutup Hampir 2 Tahun, Taman Tasik Titiwangsa Kini Kembali Berwajah Baru. Lawanya!
Namun, Taman Tasik Titiwangsa ini masih belum dibuka kepada pihak awam sehingga pengumuman rasmi dikeluarkan.
Bila bercakap tentang Taman Tasik Titiwangsa, pasti ramai yang biasa dengar bukan? Mana tidaknya, tempat ini cukup dikenali oleh warga kota sejak dahulu lagi.
Image via Google
Taman Tasik Titiwangsa merupakan destinasi beriadah bersama rakan-rakan serta keluarga. Namun begitu, taman rekreasi ini telah ditutup untuk proses penambahbaikan sejak bulan September tahun lalu.
Pasti ramai yang tidak sabar untuk berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa ini selepas ianya diberikan wajah dan nafas baru. Siapa tahu, dengan pembaharuan semula taman rekreasi ini, ia akan membuatkan lebih ramai warga kota datang berkunjung untuk beriadah bersama keluarga tersayang.
Taman Tasik Titiwangsa dijangka akan dibuka semula untuk orang awam bermula bulan Januari tahun depan, 2020
Notis pemberitahuan mengenai perkara itu telah ditulis di Facebook rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri. Baca kenyataan rasmi penuh di bawah:
Macam-macam aktiviti bakal dibuat untuk seisi keluarga tanpa mengira peringkat umur. Seronoknya!
Untuk kaki foto di luar sana, anda juga boleh berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa untuk mendapatkan gambar-gambar menarik. Memang instagrammable habis!
Image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

Apa pun, kemudahan cantik ini akan kekal jauh lebih lama jika kita sebagai warga kota bersama-sama menjaga dan tidak merosakkan kemudahan yang telah diberikan ini.
Baca juga:
Leave a comment