[GAMBAR] Cantik Betul Rumah RM100 DBKL Ini. Design Sangat Segar, Moden Dan Ada Kelas!
Lawanya!
Projek Perumahan Bandar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah siap dibina dan sedia untuk menerima penyewa
DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama ini manakala 135 penyewa lagi untuk fasa kedua pada penggal pertama 2020.
Menurut sumber, DBKL sudah pun menerima kemasukan penghuni sejak 15 Oktober 2019 lalu.
Projek ini diperkenal bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa di sekitar ibu kota
Di bawah skim ini, penghuni akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100 sahaja - termasuk air dan elektrik.
Permohonan sewa boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL di sini.
DBKL baru-baru ini memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan projek perumahan ini yang telah siap sepenuhnya
Projek ini menonjolkan reka bentuk moden dan segar yang benar-benar sesuai dengan gaya hidup masyarakat bujang masa kini.
Kemudahan yang disediakan pun lengkap dengan ruang legar, surau, tandas dan bilik mandi, ruang makan, dan macam-macam lagi.
Lihat gambar-gambar di bawah:
Rujuk sini untuk galeri penuh.
Majlis perasmian Perumahan Bandar telah diadakan pada 23 Oktober 2019
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan yang turut diiringi oleh YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ketua-ketua jabatan DBKL.
Rata-rata masyarakat memuji usaha DBKL ini