seismik

Bujang & Tak Mampu Sewa Rumah? Jangan Risau, DBKL Ada Sewakan Penginapan Serendah RM100!

Permohonan sewa ‘Program Perumahan Bandar’ golongan bujang ini akan dibuka Ogos nanti.

Cover image via Twitter @NewsBFM/

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka permohonan menyewa tempat penginapan untuk golongan bujang B40 yang bekerja di ibu kota pada Ogos ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan

Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah di bawah program perumahan bandar dan diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Image via Selangor Kini

"Kami akan membuat konsep seperti 'capsule hotel' yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

"Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100," katanya seperti yang dilaporkan MalaysiaKini.

Image via My Tawau

Menurut Datuk Nor Hisham lagi, pihak DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama manakala 135 penyewa untuk fasa kedua.

“Permohonan pada fasa pertama Ogos ini dan mereka dijangka akan mula menyewa pada Oktober nanti,” jelasnya.

Pihak DBKL telah memperuntukkan kira-kira RM7 juta untuk projek ini, seperti yang dilaporkan Bernama

Peruntukkan itu digunakan bagi mengubah suai bahagian dalaman dua blok tujuh tingkat premis 54 dan 56 di Jalan TAR yang mana projek itu melibatkan ‘lower ground’ sehingga tingkat empat untuk fasa satu manakala bagi fasa dua pula, dari tingkat lima hingga tujuh dan bumbung untuk kedua-dua premis berkenaan.

Fasa 1 projek akan disiapkan pada penggal keempat 2019, dan fasa 2 pada penggal pertama 2020.

Image via Twitter @NewsBFM

Pada masa kini, pihak DBKL akan menjadikan projek ini sebagai perintis bagi memperluaskan kemudahan ini di kawasan tumpuan ramai.

“Bangunan lama juga akan digunakan semula oleh DBKL untuk tujuan itu dan antara kawasan yang akan dipertimbangkan adalah di sekitar Chow Kit,” ujar Datuk Nor Hisham.

'Mock-up' unit di Lot 54 & 57, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Image via Twitter @NewsBFM

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaran Bangunan DBKL, Norzaini Noordin berkata program ini berkonsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat kediaman setinggi tujuh tingkat itu mengandungi empat hingga lima unit ruang ‘shared space’ berkeluasan tujuh meter persegi setiap unit yang mengandungi tiga hingga enam katil berserta almari.

Norzaini Noordin, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaran Bangunan DBKL

Image via Utusan

Tambahnya lagi penyewa boleh menambah apa-apa sahaja keperluan yang dibenarkan seperti meja, kerusi atau rak kecil dalam ruang mereka dan antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.

Image via OSH The Journey

Selain itu, penyewa yang jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditempatkan di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan mereka.

Walau bagaimanapun, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan untuk memasak dalam premis masing-masing.

Permohonan sewa ‘Program Perumahan Bandar’ golongan bujang ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon adalah;

  1. Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun
  2. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
  3. Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta
Sekiranya penghuni didapati membeli rumah, mereka akan diminta untuk berpindah. Selain itu, penghuni yang ingin berkahwin juga akan diarahkan untuk berpindah.

Suka dengan inisiatif yang membantu rakyat ini!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahu tak Bazar Jalan TAR akan dipindah ke Jalan Raja!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: