seismik

Bujang Yang Menetap Di Kuala Lumpur Perlu RM2,700 Untuk Sara Hidup - BNM

Yang paling penting, pendapatan dan gaya hidup kena selari.

Cover image via Wikipedia

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjelaskan tentang 'gaji untuk hidup' dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran.

BNM telah berkongsikan pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah untuk sara hidup.

Image via GIPHY

Purata pendapatan bulanan sebanyak RM2,700 di Kuala Lumpur adalah untuk golongan bujang dewasa, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak manakala RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.

Ini adalah standard yang dinyatakan di dalam laporan.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim menjelaskan bahawa Kuala Lumpur menjadi penanda aras kerana ia adalah kawasan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia diikuti Johor Bahru dan Pulau Pinang

Image via Blogspot

Anggaran kehidupan wajar untuk ketiga-tiga kategori tersebut adalah di bawah pendapatan median di Kuala Lumpur sebanyak RM9,738 dengan 27 peratus isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar, lapor Harian Metro.

Lebih 27 peratus isi rumah di Kuala Lumpur kini hidup di bawah paras ‘gaji untuk hidup’ dan kebanyakannya terdiri daripada lepasan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah ke sederhana

Seperti yang kita sedia maklum, standard kehidupan minimun adalah lebih daripada sekadar mampu untuk membeli barang keperluan.

“Standard kehidupan minimum adalah, purata isi rumah di Kuala Lumpur sepatutnya mampu melawat keluarga dan rakan pada musim perayaan, selain membeli hadiah hari jadi untuk ahli keluarga,” katanya lagi.

Kriteria gaji untuk hidup untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang dijadikan panduan bagi pembuat dasar serta majikan mengenai paras minimum standard kehidupan

Image via Blogspot

“Gaji untuk hidup adalah lebih tinggi daripada gaji minimum berkanun kerana ia secara dasarnya berasaskan kos kehidupan,” ujar beliau.

Seorang dewasa bujang perlu memperoleh RM2,700 sebulan untuk menyewa bilik, makan di luar, memasak sekali sekala dan menggunakan pengangkutan awam

Bagi pasangan dengan dua anak, pendapatan minimum RM6,500 diperlukan untuk menyewa pangsapuri tiga bilik, memiliki dua kereta, membayar pusat jagaan kanak-kanak dan kelas tusyen, serta makan di luar pada hujung minggu.

Tiada istilah 'gaji tidak cukup'. Semua ini boleh dicapai dengan niat yang betul. Sentiasa hidup dengan gaya hidup yang sederhana!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom bayar saman! Ada diskaun sehingga bulan hadapan!

Masih belum terlambat untuk menabung!

You may be interested in: