Isu Kontroversi Drama Madu Atau Racun, MIG Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
MIG turut menafikan bahawa kontroversi berkenaan dicetuskan secara sengaja.
Cover image via @metrowealth (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat produksi MIG Production House (MIG) tampil memohon maaf kepada semua pihak susulan kontroversi yang tercetus membabitkan drama 'Madu atau Racun'
Menerusi kenyataan di media sosial, MIG berkata pihaknya mengambil maklum mengenai isu yang sedang tular selepas terdapat beberapa babak dalam drama berkenaan yang dianggap keterlaluan untuk tontonan umum.
Menurut MIG, babak terbabit turut dilihat menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat.
"Kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton secara umum," katanya.

Dalam pada itu, pihak produksi menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk menyentuh, memperlekehkan atau menghina mana-mana pihak menerusi karya tersebut
MIG turut menafikan bahawa kontroversi berkenaan dicetuskan secara sengaja.
Susulan perkara itu, pihak produksi memohon maaf kepada penonton, peminat serta semua pihak yang terkesan dan menghormati pandangan serta teguran yang diberikan.
MIG berkata teguran tersebut akan dijadikan sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki penghasilan karya mereka pada masa akan datang.
Kontrovers 'Madu atau Racun' tercetus selepas beberapa babak drama berkenaan menjadi perhatian di media sosial, termasuk elemen percintaan sesama kaum yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian pihak berkuasa dan pemain industri. Satu pertemuan bagi membincangkan kandungan drama tersebut sebelum ini melibatkan FINAS, wakil MIG, iQIYI, CMCF, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Televisyen Malaysia (PTVM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


