Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Djamaa El-Djazair Kini Dirasmikan, Jadi Masjid Ketiga Terbesar Di Dunia

Difahamkan, masjid tersebut memiliki menara tertinggi di dunia iaitu setinggi 267 meter.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune, hari ini merasmikan Masjid Besar Algiers yang merupakan masjid terbesar di Afrika dan ketiga terbesar di dunia

Menerusi laporan Berita Harian, masjid dengan keluasan mencecah 27.75 hektar yang boleh menampung hingga 120,000 jemaah itu, kali pertama dibuka untuk solat pada Oktober 2020. Namun, Tebboune mengalami jangkitan COVID-19 dan tidak dapat hadir ketika itu.

Ia juga memiliki menara tertinggi di dunia iaitu setinggi 267 meter yang dilengkapi lif serta platform tinjau saujana mata memandang meliputi ibu negara dan Teluk Algiers.

Bahagian dalam masjid itu pula menampilkan gaya Andalusia bersama hiasan kayu, marmar dan 'alabaster'.

Projek mega itu menelan kos lebih AS$800 juta, manakala pembinaannya mengambil masa hingga tujuh tahun.

Image via Berita Harian

Image via Berita Harian

Masjid Besar Algiers

Image via Berita Harian

Ia juga memiliki struktur moden

Masjid berkenaan yang turut dikenali sebagai Djamaa El-Djazair, memiliki struktur moden serta merupakan masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi.

Masjid terbesar di dunia yang pertama adalah Masjidil Haram atau Masjid Al-Haram yang terletak di Makkah, Arab Saudi. Keberadaan masjid ini pertama kali disebutkan pada tahun 638 M. Bangunan suci ini mampu memuatkan sehingga 4 juta umat Islam.

Masjid kedua terbesar di dunia adalah Masjid Nabawi yang terletak di Madinah dan mampu memuatkan sehingga 1 juta umat Islam. Masjid ini diketahui mulai dibina sejak tahun 622 M. Difahamkan, masjid ini dibina oleh baginda Rasulullah S.A.W dan merupakan masjid ketiga yang dibina dalam sejarah Islam.

Masjidil Haram

Image via Iluminasi

Masjid Nabawi

Image via Iluminasi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment